my beLOVEd FRIENDs

Friday, November 26, 2010

3 hari 2 malam

RABU - 24/11/2010

6.45 pm : begerak dr Kajang ke Kepong..(umh Abshar)
7.50 pm : begerak ngan Abshar dr Kepong ke Jeram..(umh Rahmat)
9.15 pm : singgah TESCO Kuala Selangor..nk beli barang japp..
9.45 pm : jumpe Rahmat..so pegi laa jalan jalan cari makan..
11.00 pm : hujan..balek..
11.25 pm : suda sampai umh Rahmat..lepak lepak japp..tgk tv japp..THEN

KHAMIS - 25/11/2010


1.00 am : start wat report mane yg xsiap lg..edit mane yg patot..bla..bla..bla..bla..bla..
3.00 am : bla..bla..bla..bla..bla..still wat report..bla..bla..bla..bla..gelakk gelakk..bla..bla..
5.15 am : bla..bla..minom japp..bla..bla..bla..tdo japp..
6.30 am : siap siap nk pegi daa..still wat report lg..tp da nk siap..
7.30 am : sarapan..(mak Rahmat masak banyak ngan sedap..smpai saket perot)
7.45 am : BEGERAAAKKK!! JIYEAAHHH!!
8.15 am : smpai Sg Besar..sebab?? nk carik printer laa..
10.00 am : baru dpt siap print sume..ramai gile douwh kt cc..
11.00 am : baru sampai poli..HAHAHA..
11.25 am : HAHAHA..mkn lg..
11.40 am : jumpe Pn Norli..isi borang bagai..cop bagai..Pn Norli teBAEKk..
12.00 pm : masok ofis nk jmpe cik FAROUL RAFIQ B ROMLEE..
12.01 pm : kne tahan ngan sape ntah..xpkai kad matrik..HAHAHA..lupe lakk pakai..
12.02 pm : masok ofis balek..kne tahan lg coz pakai SELUAR JEANS..haa??
12.20 pm : ok..masok ofis ngan KAD MATRIK..SELUAR pown da tukar..
12.21 pm : adddduuuuusss!!kne carik TIE laa pulakk..
12.25 pm : kad matrik??ade..seluar??da tukar..tie??haa..pown ade..
12.30 pm : baru dpt jumpe lec yg nk interview..HAHAHAA..macam macam..
12.50 pm : peerrrgghh!! LEGA baii..sume da settle..GEMBIRA!!
1.00 pm : tunggu mmber laen kne interview..smbil smbil borak ngan mmber laen..
3.00 pm : HAHAHA..baru mmber abis kne interview..lamenyee??
3.15 pm : niat murni nk tgk umh sewa japp..Rahmat suda ajak balek coz hujan..
4.00 pm : hantar mmber balekk kt Sg Besar..hujan..
7.00 pm : singgah makan kt Tanjong Karang..hujan lg time tue..sejukk!!
8.00 pm : ade plan baekk..pegi FUNFAIR laa..HAHAHA..lama suda xmain..
9.00 pm : HAHAHA..naek DISCOVERY je..dorg takot suda..serious xde rase laa..
10.00 pm : singgah cc japp..Muaz muntah effect maen discovery td..hehe
11.00 pm : balekk..sy masok je bilik Rahmat..belum sempat wat pape..teros tido laa..

JUMAAT - 26/11/2010

10.00 am : baru bangun laa..ayah Rahmat kejot..still lg pkai kemeja..hehehe..
10.35 am : da siap mandi sume..tunggu nk sarapan je..
10.40 am : mak Rahmat masak sedap lg..nasi lemak ngan serunding..penah makan??
11.00 am : lepak japp dalam bilik..baring baring..sambil tgk tv..
3.45 pm : HAHAHAHA..tebangon dr tido..telepas sembahyang Jumaat..adooyy!!
4.55 pm : siap siap sume nk balekk KL daa..salam salam Rahmat..huu~
8.15 pm : singgah McD Kajang japp..lapar laa pulak..
10.40 pm : baru laa sampai rumahku syurgaku..HAHAHA..best!! best!!


KEPADA

kawan kawan kelas..
sori ea dtg lambat..xsempat nk jumpe korg sume..dpt jumpe pown brape kerat je..tp best gakk laa lepak lepak cam dlu..time aku dtg je..korg sume da balekk daa..ok ok..nnt kite jumpe laa..kita GILA macam dulu..
waHAHAHA..

Rahmat dan keluarga..
terima kasih byk byk kerane menumpangkan kami kt umh ko..kiteorg harap ko jemput laa lg tdo umh ko eyh??hehehe..mak ko masak sedap laa..sampai kiteorg sume tambah 2 kali..byk makan btol..

Abshar..Muaz..Rahmat..
terima kasih laa kt korg coz wat aku gembira selame dok lepak ngan korg..serious weyh..best sgt..nk nk time naek discovery tue..Muaz sebenanye xnk naek..puaslaa pujok die..lame gakk laa..last last naek gakk die..sampai muntah muntah laa..JIYYEEEAAHHH!!aku naek ngan Abshar..macam macam luahan die luahkan.."PRACTICAL DA ABISSS!!"..gile die tue..

TERIMA KASIH..
sebab??
KITA KAN KAWAN!!



Tuesday, November 23, 2010

AMPUNkan AKU

tuhan..
andai Kau beri aku satu permintaan..akan aku minta TOLONG BERHENTIKAN MASA..pada masa sudah dihentikan..orang pertama akan aku cari adalah AYAH..kemudian akan aku peluk ayah aku dengan seerat eratnya..kemudian luahkan segala rintihanku kepada ayah..tatkala aku luahkan segala isi hatiku..aku menangis terkenang dosa silamku pada ayah..lagi kuat aku menangis..lagi kuat juga aku memeluk erat ayahku..tp ayah hanya terdiam kaku...segunung dosa telah aku berikan pada ayah..tp ayah hanya mampu tersenyum..ayah juga berikan aku selautan harapan supaya aku berubah..berubah menjadi anak yg baik pd matanya..terbentang semua dosa yang pernah aku lakukan tatkala aku merenung wajah ayah.."ya Allah..ampunila dosa ayahku"

aku marah kepada ayah kerana lambat ambilku pulang..sudah PENAT aku menunggu..tp aku mulai sedar..ayah tak pernah marah aku walaupun ayah sudah lama PENAT menunggu aku untuk berjaya..
aku juga pernah marah ayah kerana tak pernah turuti semua permintaanku..tp ayah tak pernah marah aku walaupun aku tak pernah turuti satu saja permintaan ayah..jadi anak yg soleh..sedang asyik aku memeluk ayah..aku terlihat lg seorang insan yg aku banyak berdosa..

IBU..
maafkan aku ibu..aku juga banyak berdosa sama ibu..aku memeluk erat ibu dari belakang..bau ibu juga takkan aku lupakan..kalau aku tahu keadaan aku akan jadi seperti ini..takkan aku derhaka kepada ibu..
dulu ibu besarkan aku dari sekecil tapak tangannya..menjaga aku penuh dengan kasih sayang..aku aku membalas jasa baik ibu dengan tapak tangan aku dengan memukul ibu.."ya Allah..ampunkanlah dosa ibuku"
aku menangis sendirian..tiada siapa mendengar rayuanku..andai masa boleh diputarkan kembali..akan aku cium tangan ibu buat kali terakhir..akan aku jadi anak yg baik..takkan aku menderhaka kata katamu ibu..
aku pernah mengherdik ibu..pernah mencaci ibu dan pernah meukul ibu..tp ibu hanya diam.."inikah balasan yg aku berikan pada ibu setelah ibu besarkan aku??"
sudah puas aku luahkan segala pada ibu..kini giliran ........

ADIK ADIKKU..
adik..maafkan abang ya??abang tahu abang banyak buat salah pada adik..abang banyak sakiti adik..
dan abang tahu abang tak pernah peluk adik..adik memang baik pada abang..abang yang tak pernah layan adik dengan baik.."ya Allah..ampunkanlah dosa adik adikku"..abang harap adik jangan jadi macam abang..abang anak derhaka..adik belajarlah pandai pandai..capai cita cita adik..capai harapan ibu ayah..satu pesan abang..tolong jaga ibu ayah..

sedang asyik aku memeluk adik adik aku..aku ternampak sekujur mayat yang siap dikafankan di ruang tamu..aku mulai hairan mayat siapa itu..lantas perasaan ingin tahu aku semakin membuak buak..aku terus menghampiri dan membuka kain menutupi mayat itu..lalu

YA ALLAH..aku sudah mati??tapi bila??
terkejut aku melihat mayat itu adalah AKU..
tapi??
biarlah..aku sudah tidak peduli lagi cara kematianku..
setelah aku kenang dosa dosa silam aku..aku redha dengan pemergianku..
janji aku sudah jumpa AYAH + IBU dan ADIK ADIK ku..

maafkan aku kerana tidak menjadi insan yang baik kepada kamu semua..

Sunday, November 21, 2010

INSOMNIA

Apakah yang dimaksudkan dengan Insomnia?

Kebanyakan orang pernah sekali-sekala mengalami masalah sukar untuk tidur. Ia merupakan satu perkara biasa dan mungkin tidak di anggap sebagai satu masalah kesihatan. Janganlah berasa risau sekiranya anda mengalami kesukaran untuk tidur pada ketika tertentu dalam kehidupan anda.

Insomnia ialah merasa sukar untuk tidur dan tidur dengan nyenyak atau merasa seperti tidak cukup rehat walaupun telah tidur secukupnya. Maka pesakit yang menghidap insomnia ialah mereka yang merasakan tidak cukup tidur/tidak dapat tidur nyenyak di malam hari dan kurang aktif/bertenaga di siang hari..

Tanda tidur yang mencukupi ialah apabila anda bangun di pagi hari dan merasa bertenaga dan telah berehat secukupnya. Sebanyak mana tidur yang anda perlukan bergantung kepada individu dan mungkin hanya 4 jam semalam atau mungkin sehingga 10 jam. Fisiologi tidur berubah apabila umur seseorang semakin meningkat. Tempoh tidur di kalangan warga tua adalah lebih pendek berbanding mereka yang pertengahan umur. Tidur mereka menjadi kurang nyenyak dan lebih kerap terjaga di waktu malam.

Warga tua mungkin akan lebih banyak tidur di waktu siang. Kanak-kanak biasanya memerlukan tidur yang lebih banyak berbanding dengan orang dewasa.

Jadi bolehlah dikatakan bahawa insomnia bukanlah masalah berapa jam seseorang itu tidur, tetapi setakat mana tidur itu merehatkan diri.

Tanda-tanda dan gejala insomnia

• Sukar untuk tidur, berbaring dalam keadaan jaga lebih daripada sejam atau lebih sebelum dapat melelapkan mata.
• Tidur yang tidak nyenyak dan sering terganggu, contohnya terjaga beberapa kali di waktu malam.
• Terbangun di awal pagi kemudian sukar untuk menyambung tidur semula.
• Terasa letih atau mengantuk di waktu siang menyebabkan kerap tidur di siang hari.


SAYA PENGHIDAP INSOMNIA

HAHAHAHAHAHA..gelakk laa

Pagi itu pagi minggu. Cuaca cukup sejuk sehingga mencapai takat suhu beku. Sebab itu saya tidak mandi pagi sebab air kolah jadi air batu dan air paip tidak mahu keluar sebab beku di dalam batang paip. Pagi itu saya bersarapan dengan keluarga di dalam unggun api kerana tidak tahan sejuk. Selepas itu emak saya mengajak saya menemaninya ke pasar. Tetapi saya tidak mahu..

Selepas emak menikam perut saya berkali-kali dengan garfu barulah saya bersetuju untuk mengikutnya. Kami berjalan sejauh 120 kilometer kerana pasar itu letaknya 128 kilometer dari rumah. Lagi 8 kilometer nak sampai pasar saya ternampak sebuah lori kontena meluru dengan laju dari arah belakang.

Dia melanggar emak saya. Emak saya tercampak ke dalam gaung. Dia menjerit "Adoi!". Lepas itu emak saya naik semula dan mengejar lori tersebut. Saya pun turut berlari di belakang emak saya kerana takut emak saya melanggar lori itu pula. Pemandu lori itu nampak kami mengejarnya. Dia pun memecut lebih laju iaitu sama dengan kelajuan cahaya. Kami pula terpaksa mengejar dengan lebih laju iaitu sama dengan dua kali ganda kelajuan cahaya. Emak saya dapat menerajang tayar depan lori itu. Lori itu terbabas dan melanggar pembahagi jalan lalu bertembung dengan sebuah feri. Feri itu terbelah dua.

Penumpang feri itu yang seramai 100 orang semuanya mati. Pemandu feri itu sangat marah. Dia pun bertukar menjadi Ultraman dan memfire pemandu lori. Pemandu lori menekan butang khas di dalam lori dia..lori itu bertukar menjadi robot Transformer. Mereka bergaduh di udara. Emak saya tidak puas hati. Dia pun terus menyewa sebuah helikopter di GentingHighlands dan terus ke tempat kemalangan. Dia melanggar pemandu feri yang telah bertukar menjadi Ultraman itu.

Pemandu feri itu terkejut dan terus bertukar menjadi pemandu feri semula lalu terhempas ke jalanraya. Pemandu feri itu pecah. Pemandu lori sangat takut melihat kejadian itu. Dia meminta maaf dari emak saya. Dia menghulurkan tangan ingin bersalam. Tetapi emak saya masih marah. Dia menyendengkan helikopternya dan mengerat tangan pemandu lori itu dengan kipas helikopter. Pemandu lori itu menjerit "Adoi..!" dan jatuh ke bumi. Emak say menghantar helikopter itu ke Genting Highlands. Bila dia balik ke tempat kejadian, dia terus memukul pemandu lori itu dengan beg tangannya sambil memarahi pemandu lori itu di dalam bahasa Inggeris.

Pemandu lori itu tidak dapat menjawab sebab emak saya cakap orang putih. Lalu pemandu lori itu mati. Tidak lama kemudian kereta polis pun sampai. Dia membuat lapuran ke ibu pejabatnya tentang kemalangan ngeri itu. Semua anggota polis di pejabat polis itu terperanjat lalu mati. Orang ramai mengerumuni tempat kejadian kerana ingin mengetahui apa yang telah terjadi. Polis yang bertugas cuba menyuraikan orang ramai lalu dia menjerit menggunakan pembesar suara. Orang ramai terperanjat dan semuanya mati.

Selepas itu emak saya mengajak saya ke pasar untuk mengelak lebih ramai lagi yang akan mati. Di pasar, emak saya menceritakan kejadian itu kepada penjual daging. Penjual daging dan peniaga-peniaga berhampiran yang mendengar cerita itu semuanya terkejut dan mati. Saya dan emak saya terus berlari balik ke rumah. Kerana terlalu penat sebaik saja sampai di rumah kami pun mati. Itulah kemalangan yang paling ngeri yang pernah saya lihat sebelum saya mati.

sekian..
terima kasih..
wabillahitaufiq walhidayah wasalamualaikum warahmatulahhi wabarokatuh..

Saturday, November 20, 2010

ada band - surga cinta




 - LAGU SEMANGAT -